Baru Kusadari Ternyata....
Suami saya
adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya
menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.
3 tahun dalam
masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya
mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah
menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan
benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis
seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya.
Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi.Suami saya jauh berbeza dari yang
saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan
suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan
saya terhadap cinta yang ideal.
Suatu hari,
saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya
inginkan
penceraian. "Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut. "Siti
letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia
diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah
sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak. Kekecewaan saya semakin bertambah,
seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh
saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
"Apa
yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung
matanya dalam-
dalam dan
menjawab dengan perlahan. "Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya
didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai
sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang
memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan
untuk Siti?"
Dia termenung
dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati
saya terus gundah mendengar responnya itu. Keesokan paginya, dia tidak ada di
rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji
gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan... 'Sayangku, Abang tidak akan
mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan
alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih
terus ingin membacanya. "Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu
mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus
memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program
tersebut." "Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar,
dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka
pintu untuk Siti ketika pulang."
"Siti
suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya
sesat di tempat- tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari
satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke
rumah."
"Siti
selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan
Abang harus
memberikan
tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."
"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi
'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti
dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang
Abang alami."
"Siti
selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata
Siti,
Abang harus
menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong
mengguntingkan kukumu dan memandikanmu." "Tangan Abang akan memegang
tangan Siti,
membimbing
menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan
warna-warna
bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."
"Tetapi
sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak
sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."
"Sayangku,
Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang
mencintai Siti."
"Untuk
itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak
cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan
mata lain yang dapat membahagiakan Siti."
Airmata saya
jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya
tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
"Dan
sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan
semua
jawapan ini,
dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita,
Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."
"Puaskah
Siti sayangku..?"
"Jika
Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan
barang-barang
Abang, dan
Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti
bahagia."
Saya
terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera
berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah
gusar sambil tangannya
memegang susu
dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya
tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya.
Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari
hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan'
yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah
kita bayangkan sebelum ini.
Cerpen : Baru Kusadari Ternyata....
Sumber : http://dunia-cerpen.blogspot.com/
ARTIKEL TERKAIT: